Subjek

  


1. Aqidah (AQ 001/1) 

Sinopsis Subjek 

Subjek ini membincangkan tentang ilmu akidah atau lebih dikenali dengan ilmu tauhid. Kursus ini sangat penting memandangkan ianya merupakan tunjang atau asas kepada keimanan dan keyakinan seseorang tentang agama Islam.

Peserta akan didedahkan dengan topik-topik asas dalam ilmu tauhid yang dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu ilahiyyat (ketuhanan), nubuwwat (kenabian) dan ghaibiyyat atau sam’iyyat (perkara-perkara ghaib). Setiap tema yang disampaikan akan disertakan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis dan dihuraikan mengikut kesesuaian semasa.

Hasil daripada pembelajaran kursus ini peserta akan lebih yakin dengan apa yang dipercayai; meningkatkan darjat keimanan daripada orang awam yang hanya mengikut arus perdana kepada seorang yang yakin dan percaya berasaskan ilmu dan pengetahuan. 

Tajuk-tajuk Aqidah 

Ilahiyyat 
i.          Ilmu dan teknik-teknik mendapatkan ilmu
ii.            Hakikat kejadian alam
iii.           Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya
iv.           Sifat-sifat Allah s.w.t.
           a.    Esa
           b.    Tiada permulaan (qidam)
           c.    Hidup
           d.    Ilmu
           e.    Sifat-sifat zat dll.
v.            Hakikat al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t.
vi.           Allah s.w.t. boleh dilihat oleh orang Mukmin di akhirat
vii.          Hakikat perbuatan dan perlakuan manusia/makhluk
viii.         Hidayah dan kesesatan

Nubuwwat 
 i.          Perutusan para rasul
ii.          Nabi dan rasul serta bilangan mereka
iii.         Kitab-kita suci
iv.          Pemerintahan selepas era kerasulan (khilafah)
v.           Kemuliaan para sahabat Rasulullah s.a.w. menurut Islam
vi.          Wali dan karamah
vii.         Doa kepada orang mati

Ghaibiyyat 
i.           Nikmat dan azab kubur
ii.          Suratan amalan manusia
iii.         Soalan kubur
iv.          Telaga Rasulullah s.a.w.
v.           Syurga dan neraka
vi.          Pahala dan dosa
vii.         Malaikat
viii.        Tanda-tanda kiamat

Sumber rujukan 

i.    Al-Taftazani Sa’d al-Din, Mas’ud Bin Umar bin Abdullah (722-791H). Syarh al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah. Tahqiq Ahmad Hijazi al-Saqa, Dr. (1988). Kaherah. Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

ii.             Al-Bajuri, Ibrahim. Syarh Jauharah al-Tauhid. (2010). Dar al-‘Usama’.

Pembimbing 

Haji Zubair Abd Rahman
BA (Hons) Usuluddin (Dakwah dan Tamadun Islam), Universiti al-Azhar, Mesir
Penyelaras Pengajian Islam, Pusat Pengajian Asasi, Kolej Universiti Insaniah.
Panel Penggubal Soalan Tauliah, Jabatan Mufti Negeri Kedah.

_______________________________________________________________________________________________






2. Fiqh Ibadah (FQ 002/01)

Sinopsis Subjek 

Subjek ini akan membincangkan permasalahan fiqh yang memfokuskan kepada aspek ibadat asas seorang muslim menurut mazhab Syafie. Pengajaran akan mencakupi bab taharah (bersuci), solah (solat) dan siyam (puasa). 

 Tajuk-tajuk

1.    Kitab at-Taharah (bersuci) 

     1.1.        Air
     1.2.        Bekas
     1.3.        Siwak
     1.4.        Wuduk
     1.5.        Istinjak
     1.6.        Menyapu di atas khuf
     1.7.        Tayammum
     1.8.        Haid

 2.   Kitab as-Solah (solat) 

      2.1.        Waktu solat
      2.2.        Syarat wajib solat
      2.3.        Syarat sah solat
      2.4.        Rukun solat
      2.5.        Sunat-sunat solat
      2.6.        Perkara yang makruh ketika solat
      2.7.        Perkara yang membatalkan solat
      2.8.        Sujud sahwi
      2.9.        Solat-solat sunat
      2.10.      Solat jamaah
      2.11.      Solat musafir
      2.12.      Solat Jumaat
      2.13.      Solat al-Eidayn (dua hari raya)
      2.14.      Solat al-Kusufayn (dua gerhana)
      2.15.      Solat al-Istisqak (minta hujan)
      2.16.      Solat al-Khawf (ketika takut) 

3.    Kitab as-Siyam (puasa) 
      3.1.        Kewajipan puasa Ramadhan
      3.2.        Sunat puasa dan Ramadhan
      3.3.        Perkara yang membatalkan puasa
      3.4.        Iktikaf 

Sumber rujukan 

 1.    At-Taqrirat as-Sadidah fil Masail al-Mufidah, Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim al-Kaf,(2003) Tarim-Yemen : Dar al-Mirath an-Nabawi
  
2.    Al-Aham fi Fiqh Tolib al-Ilmi – Mukhtasar Kitab At-Taqrirat as-Sadidah fil Masail    al-Mufidah,  Hasan bin Ahmad bin Muhammad bin Salim al-Kaf, (2003) Tarim-Yemen : Dar al-Mirath an-Nabawi 

Pembimbing 

Md Shukri bin Ahmad
BA (Hons) Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir.
MA Syariah, Universiti Malaya
(Pendakwah Bebas)

_______________________________________________________________________________________________ 





3. Hadith (HD 003/1) 

Sinopsis Subjek 

Subjek ini akan memberikan gambaran lengkap ilmu hadith berkaitan takrif, hujahan, sejarah pengumpulan, kaedah periwayatan, dan istilah-istilah yang digunapakai dalam membuat penapisan sesuatu hadith yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu juga, peserta akan mempelajari 42 teks hadith yang menjadi tunjang permasalahan agama.

Hadith-hadith akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan dihuraikan kepada beberapa aspek disiplin ilmu hadith seperti takhrij sumber hadith, pengenalan ringkas tentang periwayat hadith dan sebab wurud sesuatu hadith sekiranya ada.

Pengajaran dan kefahaman daripada setiap hadith akan diperjelaskan mencakupi beberapa bidang seperti akidah, fiqh, tasauf, sosial, akhlak, pemikiran, politik, ekonomi, tamadun dan dakwah sekiranya berkaitan dengan sesuatu hadith yang dipelajari.  

Tajuk-tajuk hadith 

1.    Setiap amalan beserta niat
2.    Islam, Iman dan Ihsan
3.    Rukun-rukun Islam terasnya
4.    Kronologi kejadian manusia dan kesudahannya
5.    Terbatal perbuatan yang mungkar dan bid’ah
6.    Halal dan haram
7.    Agama itu nasihat
8.    Kehormatan jiwa individu muslim
9.    Mengambil yang mudah dan meninggalkan yang susah
10.  Makanan yang halal dan baik menjadi syarat diterima doa
11.  Mengambil yang diyakini dan menjauhi yang meragukan
12.  Mengambil kisah dengan apa yang berfaedah
13.  Persaudaraan Iman dan Islam
14.  Kehormatan darah individu muslim
15.  Ciri-ciri iman
16.  Jangan marah
17.  Berbuat kebaikan
18.  Takwa dan akhlak yang baik
19.  Pertolongan Allah
20.  Malu sebahagian daripada iman
21.  Istiqamah dan iman
22.  Jalan menuju syurga
23.  Setiap yang baik adalah sedekah
24.  Pengharaman berbuat zalim
25.  Kurniaan Allah dan rahmat-Nya
26.  Memperdamaikan di kalangan manusia
27.  Kebaikan dan dosa
28.  Melazimi sunnah dan menjauhi bid’ah
29.  Pintu-pintu kebaikan dan hidayah
30.  Hudud Allah Ta’ala
31.  Hakikat zuhud
32.  Menafikan kemudaratan dalam Islam
33.  Asas penghakiman dalam Islam
34.  Mencegah mungkar
35.  Persaudaraan Islam dan hak individu muslim
36.  Himpunan kebaikan
37.  Keadilan Allah Ta’ala
38.  Cara-cara mendekatkan diri dengan Allah
39.  Melenyapkan kepayahan dalam Islam
40.  Meraih dunia untuk kejayaan di akhirat
41.  Mengikut syariat Allah adalah tonggak iman
42.  Luas pengampunan Allah 

Sumber rujukan

 1.    Idhah al-Ma’ani al-Khafiyyah fi al-Arba’in an-Nawawiyyah, Muhammad Tatai, (1994)
Mansurah-Egypt : Dar al-Wafak 

2.    al-Wafiy fi Syarh al-Arba’in an-Nawawiyyah, Dr. Mustafa al-Bugha, Mahyuddin Mistu (2006)  Damsyik-Beirut : Dar Ibn Kathir 

Pembimbing

 Mohamad Azizi bin Md Mukhtar
BA (Hons) Usuluddin (Dakwah), Universiti Al-Azhar, Mesir.
MA Usuluddin (Hadith), Universiti Sains Malaysia
(Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)

_______________________________________________________________________________________________  



4. Tafsir (TF 004/1) 

Sinopsis Subjek 

Perserta akan didedahkan dengan pengetahuan asas ulum al-Quran yang membicarakan tentang takrifan al-Quran, cara penurunan dan kaedah pengumpulan, sebab nuzul (penurunan), Rasm Uthmani dan yang berkaitan dengannya. Di samping itu juga peserta dapat mengetahui secara ringkas sejarah perkembangan ilmu tafsir dan metodologi pentafsiran al-Quran.

Pengajian ini akan memfokuskan kepada 38 surah dalam juzuk 30 yang akan ditafsirkan secara umum tentang sebab dinamakan sesuatu surah, hubungkait dengan surah-surah yang sebelumnya, sebab nuzul dan kandungan serta pengajaran yang boleh diambil daripada setiap surah. 

Tajuk-tajuk

1.    Surah al-Faatihah
1.1.      Kandungan surah, nama-nama lain bagi surah dan kelebihannya

2.    Surah an-Naas 
2.1.      Sebab dinamakan dan kandungan surah
2.2.      Memohon perlindungan daripada kejahatan syaitan 

3.    Surah al-Falaq 
3.1.      Makkiyyah atau Madaniyyah, sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan  surah, kelebihan mu’awwizah (memohon perlindungan) dan sebab nuzul
3.2.      Memohon perlindungan daripada kejahatan makhluk 

4.    Surah al-Ikhlaas 
4.1.      Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah, kelebihan surah dan sebab nuzul surah
4.2.      Tauhid kepada Allah 

5.    Surah al-Masad 
5.1.      Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan sebab nuzul surah
5.2.      Balasan terhadap Abu Lahab dan isterinya 

6.    Surah an-Nasr 
6.1.      Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah, kelebihannya, sebab dan waktu nuzul surah
6.2.      Pembukaan Mekah 

7.    Surah al-Kaafiruun 
7.1.      Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah, kelebihan surah dan sebab nuzul surah
7.2.      Berlepas diri daripada syirik dan kufur serta amalan musyrikin 

8.    Surah al-Kauthar 
8.1.      Makkiyyah atau Madaniyyah, sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah, kelebihan dan sebab nuzul surah
8.2.      Anugerah dan pemberiaan kepada Nabi s.a.w. 

9.    Surah al-Ma’uun 
9.1.      Makkiyyah atau Madaniyyah, sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah
9.2.      Orang kafir dan munafik serta balasan terhadap kedua-duanya 

10.  Surah Quraisy 
10.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan kelebihannya
10.2.    Peringatan tentang nikmat Allah terhadap Quraisy 

11.  Surah al-Fiil 
11.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan sejarah di sebalik kisah tentera bergajah
11.2.    Kisah tentera bergajah 

12.  Surah al-Humazah 
12.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan sebab nuzul
12.2.    Balasan kepada orang yang mengumpat dan mendedahkan aib manusia 

13.  Surah al-‘Asr 
13.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan kelebihan surah
13.2.    Kehidupan orang mukmin dan kafir 

14.  Surah at-Takaathur 
14.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah dan sebab nuzul surah
14.2.    Bermegah di dunia dan amalan yang akan disoal 

15.  Surah al-Qaari’ah 
15.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya dan kandungan surah
15.2.    Huru-hara hari kiamat dan tanda-tandanya dan timbangan perhitungan padanya

 16.  Surah al-‘Aadiyaat 
16.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya dan kandungan surah
16.2.    Bakhil untuk cintakan kebaikan dan mengabaikan persediaan untuk ke akhirat 

17.  Surah al-Zalzalah 
17.1.    Sebab dinamakan, kaitan dengan surah yang sebelumnya, kandungan surah, sebab nuzul dan kelebihan surah
17.2.    Tanda-tanda kiamat dan balasan untuk kebaikan dan kejahatan 

18.  Surah al-Bayyinah
19.  Surah al-Qadr
20.  Surah al-‘Alaq
21.  Surah at-Tiin
22.  Surah as-Syarh
23.  Surah ad-Dhuha
24.  Surah al-Layl
25.  Surah as-Syams
26.  Surah al-Balad
27.  Surah al-Fajr
28.  Surah al-Ghaasyiyah
29.  Surah al-A’laa
30.  Surah at-Taariq
31.  Surah al-Buruuj
32.  Surah al-Insyiqaaq
33.  Surah al-Mutaffifiin 
34.  Surah al-Infitaar
35.  Surah at-Takwiir
36.  Surah ‘Abasa
37.  Surah an-Naazi’aat
38.  Surah an-Naba’

Sumber rujukan

1.    At-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa as-Syariah wa al-Manhaj, Dr. Wahbah az-Zuhaily, (2005) Damsyik : Dar al-Fikr 

Pembimbing 

Muhamad A’sim bin Zainol
BA (Hons) Usuluddin (Tafsir), Universiti Al-Azhar, Mesir.
Sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana (MA) di KUIN
(Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)

No comments:

Post a Comment